Monday, 30 September 2013

Facebook Page


Penat dok fikirkan nama facebook page. Akhirnya tercipta juga "Happyworks DotCom" sebagai medium untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang sentiasa ingin mencari dan menambah ilmu mereka.

Facebook: https://www.facebook.com/?stype=lo&jlou=AfcyN9KfXbB3cU-HoDkLBKwEkpz_BUX0I8oikXSWbxLStxhQ-e1ThXjLkerppqM-7FZsz_jNV0riZNUeBt1oeAbf6t-Mi6vKMEiWUMe0evY33g&smuh=4134&lh=Ac8d35kqSHw6nFdM

Sunday, 29 September 2013

Tamat lah sudah IJI 2013

Alhamdulillah.. dah complete kelas Intensif Jutawan Industri Sept 2013. Rindunya kat isteri dan anak-anak yang setia menunggu kepulanganku. Terutamanya isteriku yang telah sabar dan menyokong saya untuk menghadiri dan menumpukan perhatian kepada kelas IJI selama tiga hari ni. Tiga hari yang penuh dengan ilmu yang bermanfaat dan amat berharga. Terima Kasih kepada Mentor Dr Azizan, yang telah mengajar saya dan rakan-rakan jutawan tetang "6 pillar to be a Jutawan Industri" dengan penuh sabar. Insyaalah saya MESTI cuba "practice" kan semua yang MENTOR telah ajarkan.

Setelah bertapa selama 3 hari di PWTC bersama Dr Azizan, saya telah belajar banyak jurus-jurus untuk menjadi seorang Jutawan Industri yang berjaya di dunia dan akhirat. Jurus-jurus penting yang saya maksudkan ialah:
- Formula 3P
- 6 pillar
- Speciallist/ Expertise
- The power of syukur
- The power of networking

Gambar sebagai kenangan di IJI.




Saturday, 28 September 2013

My Story

Assalamualaikum,

Nama saya Ahmad Arrazi Bin Ibrahim dan saya berasal dari Pasir Mas, Kelantan.

Alhamdulillah... bersyukur sangat kerana di izinkan Allah swt mengahadiri Intensif Jutawan Industri - Dr Azizan selama tiga hari (27-28th Sept 2013). Hari ini adalah hari ke tiga saya di kelas ini untuk mempelajari macam mana ingin menjadi Jutawan Industri yang Kaya dan Berjaya.. Insyaallah. Blog ini adalah tugasan yang diberikan oleh Dr semalam. Hanya pagi ini saya sempat untuk 'create' blog saya sendiri Ahmad Arrazi Bin Ibrahim.

Saya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Pasir Mas Kelantan. Ramai orang kata 'ore Pasir Mas' ni lawa-lawa. Mungkin, tapi wife saya bukan orang Pasir Mas tetapi Terengganu. Orang Terengganu pun lawa-lawa jugok. Saya bekerja sebagai Engineer di sebuah kilang elektronik di Senawang. Hari-hari saya keluar rumah pukul 8pg dan balik rumah pukul 8mlm (selalu nye lebih lambat). Saya berasal dari keluarga yang bekerja "makan gaji" dan seperti yang Dr bagitahu dalam kelas IMKK saya telah di pasakkan oleh ibu bapa saya untuk "makan gaji". Itulah mentality orang Melayu. Sebab itulah saya dihantar belajar sampai Ijazah (habis beribu-ribu) ringgit untuuk "makan gaji". Tapi saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa saya yang telah mendidik dan memberi galakan kepada saya untuk belajar sampai degree dan hari ini saya berjaya mencapai cita-cita saya ingin menjadi seorang engineer. Tetapi itu tidak memuaskan hati saya kerana saya ingin menjadi lebih baik dari hari ini. Oleh sebab itu, saya ingin menubuhkan sebuah online training center untuk membantu mereka yang cintakan ilmu dan ingin memajukan diri mereka. Seperti yang selalu di tekankan oleh Dr, kita ingin menjadi seorang yang berjaya kita wajib ada M (Mentor). E(Emosi). S(System). T(Tindakan). I(Ilmu).

Kepakaran saya adalah dalam membantu mereka yang ingin menjadi kaya dan berjaya tetapi tidak dapat menghadiri kelas ilmu kerana faktor masa dan tempat yang jauh dengan menggunakan online training sebagai medium untuk mereka mendapat ilmu melalui tips, video, ebook & virtual classroom.

Berapa ramai yang mempunyai masalah ini dan ingin saya membantu mereka untuk mencapai cita-cita meraka menjadi kaya dan berjaya? Anda boleh lah follow blog untuk mendapat maklumat terkini tentang kelas/tips/video/ebook yang akan saya sediakan. Saya juga akan mengumumkan facebook page saya dalam masa yang terdekat ini. Terima Kasih.....sekian untuk hari ini..dah lambat untuk ke kelas Dr Azizan (hari ke tiga)...hahahhaa..bye