Dah lama tidak update blog. Hari ni terasa rindu pula nak update blog saya yang dah lama ditinggalkan. Bukan ape, sebelum ni tak tahu apa yang nak di "post"kan dalam blog ni. Sempena bulan ramadhan yang penuh berkat ni, terasa nak share apa yang saya ada kepada sesiapa yang sudi baca. Manalah tahu, apa yang saya tulis nanti sedikit sebanyak boleh membantu orang yang memerlukan. At least, saya dah berusaha supaya ilmu yang Allah swt kurniakan pada saya tidak saya sia-siakan begitu sahaja. Insyaallah....
Saya ada menghadiri beberapa kelas mengenai facebook, blog dan marketing strategi. Mostly, dari seminar Dr Azizan Osman. Harga seminar memang agak mahal, tapi ilmu yang diajarkan memang luar biasa dan pratical. Mostly, you all tak akan dapat ilmu tu senang-senang. Sebab, ia adalah melaui pengalaman DOA dan team DOA. Tapi, saya tahu ramai yang teringin nak pergi tapi tidak mampu kerana harga yang agak tinggi. So, saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu yang saya pelajari. Tapi, melaui teori jer la ekkk.. Lagi pun saya juga ingin refresh balik apa yang telah saya pelajari, kalau tak nanti berkarat makin teruk.
Kelas yang paling saya minati ialah kelas Advance Marketing Power pada 17-19 Januari 2014 di MIECC. Selepas kelas ini, ia membuka mata saya tentang kepentingan marketing strategi dan apa strategi-strategi yang saya boleh pakai untuk menjalankan perniagaan. Sebenarnya, saya pernah bekerjasama dengan adik saya untuk mulakan perniagaan cyber cafe tapi dah lama melingkup. Hanya dapat bertahan 2 tahun sahaja dan saya asyik salahkan orang lain kerana kegagalan itu. Tapi sebenarnya ia adalah kerana tiadanya ilmu, mentor dan system. Main terjah.. Oleh itu, saya harap apa yang saya kongsikan ini boleh serba sedikit membantu sahabat-sahabat di luar sana yang ini memulakan perniagaan.
Sebagai permulaan saya ingin kongsikan 5 Rahsia Untuk Berjaya:
1-Besyukur
2-Beristiqamah
3- Bertindak
4- Berkongsi
5- Bersedekah
Bersyukur dengan segala pemberian dari Allah swt. Maksudnya kita kena bersyukur dengan segala yang yang Allah kurniakan kepada kita seperti kesihatan, Islam, ibu bapa, anak-anak dan isteri, orang disekeliling kita, tempat tinggal, kenderaan, kehidupan dan sebagainya. Sebagai contoh, kita sering lupa menghargai apa yang kita ada tetapi sibuk mengejar apa yang kita tiada seperti kesihatan. Kerana terlalu asyik mengejar kekayaan sampai lupa untuk menjaga nikmat kesihatan yang Allah swt kurniakan.
Beristiqamah dengan apa yang kita lakukan. Rasulullah swt juga mengajar kita istiqamah dalam ibadat yang kita lakukan walaupun sedikit.
Bertindak dengan cepat dan luar biasa. Tindakan yang kita lakukan akan menentukan apa yang akan kita perolehi. Insyaallah. Tindakan yang biasa-biasa, akan mendapat hasil yang biasa-biasa.
Berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. Kerana ia adalah salah satu bentuk sedekah. Jadi, apa yang kita kongsikan dengan ikhlas akan dinilai dan dibalas oleh Allah swt samada di dunia atau di akhirat nanti. Nanti saya akan kongsikan bagaiman dengan berkongsi ilmu anda ngan orang lain akan meningkatkan perniagaan anda. Mungkin, ia adalah salah satu dari balasan dari Allah swt.
Bersedekah dengan ikhlas. Dengan bersedekah, ia akan menyucikan diri dan harta. Tambahan pula, Allah swt akan membalas setiap apa yang kita sedekahkan dengan balasan yang berlipat kali ganda dalam pelbagai bentuk samaada di dunia (spt kesihatan, umur, kebahagiaan, kejayaan, dll) atau di akhirat.
No comments:
Post a Comment